Morning..
Sebenarnya dari semalam lagi rasa tak sihat, tapi digagahi jua semangat dan langkah ini untuk ke pejabat (Wahh..bukan main baku lagi bahasa aku.) Hari ni, kepala berpusing, flu lagi. Semalam mengalami sore throat yang sangat teruk (teruk disini takda la sampai kena bedah ke apa, tau la kan I ni mana tahan sakit, kuikui~~~), so semalam dah mintak Miy tolong belikan Strepsils untuk I. Then I dah belasah benda alah tu sampai licin. Konon nak cepat baik la, tapi bila tengok kat packet luar Strepsils tu I realized something:
How to use?
For children of 6 years and over, adults and the elderly. Dissolve one lozenge slowly in the mouth every three hours or as required. Do no take more than 12 lozenges in 24 hours.
* Habis tu dah Miy belikan perisa Blackcurrent, I tibai la macam makan gula-gula je gamaknya. Sedap bangat seh... Hari ni ada tinggal lagi 1 packet, tapi perisa lain pulak. Hehe~~
Mood hari ni, entahla, bercampur-campur. Malam tadi tak boleh tidur. Sebab? Sakit kepala yang teramat sangat, padahal dah mengantok gila. Pukul 4 baru boleh tidur. Ditambahkan pulak, malam tadi ada 'projek' baekkkk punya lagi la tak boleh tidur dibuatnya. Lagi bertambah sakit kepala ada la. Haishhh...entahla. 'Projek' apa? Ah-ha, 'projek hubungan sejenis'. Whoa.......!
Jangan salah faham. Bukan niat I nak memalukan atau mengaibkan sesiapa. I just berkongsi cerita sahaja di laman sesawang I ni. And I rasa korang pun dah big enough to think which one is good and which one is not, kan?
Ya, hubungan sejenis! Tapi bukan I, k? And tak melibatkan I langsung, at all! Tapi seseorang yang berkongsi bilik dengan I. Takut jugak nak membincangkan tentang isu ni. Sebab mungkin ianya sensitif untuk sesetengah pihak.
Honestly, I rasa tak selesa dengan keadaan ni. Dan terasa sangat marah bila hak I telah dinodai (Chewahhh..ter'noda'kah aku?) Bukan begitu. Hak yang dimaksudkan ialah hak privasi kehidupan I telah diperlekehkan sewenang-wenangnya tanpa kerelaan I sendiri. (Huh..poyo!) Tapi betul la, siapa yang selesa bila sesuatu yang tak kita inginkan berlaku, kan? Lebih-lebih lagi happened depan mata! Whoa......!
Itulah yang membuatkan I tak lena and tak dapat melelapkan mata malam tadi. (Asyik sangatkah menonton wayang free? Taula dah lama tak dapat catch movie, kan?) Haha! Bukan begitu weh. Dahla I tak berapa nak sihat, then 'that thing' pulak happened, bahana nya? I la yang tanggung! Mata sembap, kepala sakit, rehat tak cukup! Hampeh! Lainkali consider la sikit orang lain, kan? Senang cerita, "Woi, pergi buat kat tempat lain la weh.....! %$#@^&*" Yang symbol belakang tu adalah bahasa kasar, tak sesuai untuk tontonan umum. Hehe! Dan 'that thing' pun tak sesuai untuk tontonan umum jugak la!!!!!!!!!! %$#@^&* (lagi sekali mencarut ^_^)
So, harapannya, selepas ni I ada kekuatan untuk berterus terang dengan Yang Berkenaan tentang ketidakselesaan I berada di dalam bilik yang er.......PANAS! Gila punya orang.
Bila tak dapat tidur malam tadi, terus cam nak marah kat Shukri. Yela, dia tak nak jemput I malam tadi. Kononnya semalam nak ambil Medical Certificate je untuk hari ni. (MC la tu..) Then, nak rehat kat rumah Aunty. Tapi, tak larat pulak nak travel ke Gombak after work semalam. Nak tunggu Shukri offer datang jemput, er......memang TAK la! Ini lagi satu punya perangai. Nasib aku la dapat lelaki camtu kan. Dia kata dia penat semalam. And lagi dia cakap camni, "Aduh! Dah pukul berapa ni? Kalau dekat, segar saya pergi ambil awak." Owh, kalau dekat ek? Dulu masa saya belajar kat Melaka, sekali pun takda awak datang menjenguk saya kat sana. Tapi saya faham la, cuz jauh. Costnya pun tinggi, kan?
Toll + petrol + makan + minum + jammed + masa + penat = $$$$$
divide by
L.O.V.E
(berapa sen sangat la yang tinggal lepas tu kan?)
Tapi, sekarang saya berada di satu negeri dengan awak, tau tak???!!! (Walaupun dia KL, I Selangor, ala...kira satu la tu) Itu pun jauh jugak ek? Awak nak dekat macam mana lagi? Haihhh...payah betul dengan mamat ni. (Shah Alam - Gombak, quite far tapi takla sejauh nak ke Melaka! Kena jugak tempuh toll Batu Tiga, tapi RM1.10 je pun. Tempuh jammed kat Mr Federal tu, tapi malam dah kurang sikit kereta. Penat balik kerja pun kena ambil kira jugak, ok fine! Yang itu I kalah.) So? Lu pikir la sendiri!
Then, Shukri cakap lagi, "Saya bukan taknak jemput awak. Hari ni saya penat sikit la, banyak kerja. Kalau dekat dah lama saya ambil awak. Sori k. Pasal 'aksi terlampau' tu, awak buat tak tahu je, biarkan dorang." Amboi2, cakap memangla senang Encik Shukri oiiii....bukan awak yang berada di dalam bilik tersebut. Yang menanggung, saya ni ha! (Perasan tak dia ulang banyak kali pasal 'jarak' tuh) Haih....sakit hati betul dapat pakwe camni. (Pakwe??? First time kot I declare dalam blog. Bwekkkk...!). Sabar jela. *Sigh*
Korang semua jangan salah faham, ayat-ayat yang berada dalam quote symboll ("..............") tadi bukan interaksi dengan mulut, tapi dengan SMS SAHAJA ye! Shukri call I? Memang 'idok leeee'.. Spelling nya pun telah dibakukan semula.
So, disebabkan Shukri 'taknak' (aiseh...kejam gila ayat. Boleh jugak guna ayat 'tak dapat') ambil I malam tadi, so I kuatkan kaki melangkah ke office jugak pagi ni. Daripada duduk kat rumah tengok muka si beruk dua ekor tu (jahat ke I label kan orang camtu?), baiklah I pergi mencari rezeki yang halal. InsyaAllah...
Harap-harap, I dapat bertahan dengan darjah kesejukan kat office ni sampai ke petang kang. Aminnn...doa kan I k?
* Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkan aku dari segala perkara-perkara yang Engkau larang, sedarkanlah aku serta mereka-mereka yang telah tersimpang jauh dari ajaran Islam, Kau berikanlah kami nur hidayah Mu untuk ke jalan yang benar dan lurus. Amin....
S changed. She's trying her hard to get close to the Creator.
Serena Van der Woodsen
x.o.x.o Gossip Girl
0 arrows:
Post a Comment