Tuesday, March 15, 2011

Boss saya seorang yang kelakar, pemurah, malah sangat baik hati.

Ok, tajuk yang cukup untuk menerangkan apa yang bakal ditulis.


Boss saya, Encik Azhan. Nama penuh dia, Encik Mohamad Azhan bin Mohamad Ramlan. Seorang yang sempoi, dah berkahwin and mempunyai seorang anak perempuan. Juga bakal menimang seorang lagi anak yang kemungkinannya akan tiba pada bulan May nanti, InsyaAllah.


Dia dikenali dengan nama Rock. Most of peoples panggil dia 'Rock' atau 'abang Rock' (untuk pangkat adik-adik). Tapi saya panggil dia ENCIK AZHAN. Kalau boleh nak panggil nama penuh, tapi nanti berbuih pulak nak menyebutnya. Contohnya seperti ini,

"ENCIK MOHAMAD AZHAN BIN MOHAMAD RAMLAN, ada tak invoice-invoice yang ENCIK MOHAMAD AZHAN BIN MOHAMAD RAMLAN tak bagi saya lagi? Boleh tak nanti ENCIK MOHAMAD AZHAN BIN MOHAMAD RAMLAN bagi kat saya?"

Fuhhhh! Boleh terima camtu?


So, instead yang panjang berjela tu, saya pendekkan jadi........... :

"ENCIK AZHAN, ada tak invoice-invoice yang ENCIK AZHAN tak bagi saya lagi? Boleh tak nanti ENCIK AZHAN bagi kat saya?

Ok sikit kan?


Semua orang kat sini panggil dia 'Abang Rock', 'boss' (panggilan bila nak membodek) atau 'Abang An'. Dan Encik Azhan pun membahasakan diri dia 'abang'. Tapi saya tetap dengan panggilan 'Encik Azhan'. Walaupun kadang-kadang ter-sha-shul panggil dia 'abang'. Kah kah kah. Memang embarassing betul! Tapi muka buat tak tahu & macam takda pape berlaku. Cover baekkk punya. Tapi kadang-kadang saya panggil dia 'boss' jugak. Selalunya bila on the phone la. Sebab kalau telefon selalunya mesti something yang important & serious :-p


Boss saya seorang yang kelakar, pemurah & baik hati.

1. Kelakar sebab, pernah satu hari tu iaitu Hari Penerimaan Gaji bagi kami, tapi Hari Pemberian Gaji bagi Encik Azhan. Tak pernah-pernah sebelum ni saya prepare cheque, tiba-tiba that day saya diarahkan prepare cheques. Selalunya saya prepare report je then Encik Azhan settlekan yang selebihnya.

Encik Azhan (E.A) : Kin, jap. (Panggil saya msuk bilik dia)

Shekyn (S) : Ya, Encik Azhan?

E.A : Kin,...........kin amik ni semua (sambil tolak semua barang atas meja dia ke arah saya).

S : ???? (Muka terkejut)

E.A : Kin tulis la semua, yang abang tau abang nak sign jek...

S : ???? (Still confused)

E.A : Tangan abang dah menggigil dah ni (sambil ketawa kecil).

S : O..wwh..hh, ok (keluar bilik dengan fail penuh ditangan).

Okeyyyyy saya ditugaskan untuk prepare cheque. Encik Azhan menggigil, saya pun sama jugak!!!!!! First time nak tulis atas cheque ni. Aiyark! Agaknya sume boss memang camtu kot ek. Time nak bayar gaji la tangan menggigil la, itu la ini la... Hihi.

2. Pemurah sebab boleh dikatakan hari-hari dia belanja kitorang lunch. Best tak? Nasi kukus, nasi lemak, kuey teow, nasi ganja, nasi kandar, nasi briyani & dll. Tapi selalunya ulang-ulang menu tu jugak. Memang best! Boss korang mesti tak camtu kan? Hihi.

3. Baik hati cause tolong bayarkan saman untuk semua staff. (Repayment by monthly instalment laaa, takkan bagi gitu je kan). Boleh buat advance. Boleh datang office lambat. Boleh cuti. Boleh mandi kat office walaupun dia tal tahu (pernah mandi kat office cuz rumah takda air).


And boss saya seorang yang kelakar, pemurah malah baik hati cuz tegur saya :

"Apsal muka hang banyak jerawat nih.....???"



Cehhhh !!! Siot jek! Ini bukan jerawat tau, ini batu permata, intan berlian!
Grrrrr.....!!! Slumber dia jek!



Itulah boss saya!
Serena Van Der Woodsen
x.o.x.o gossip girl

0 arrows: