Thursday, March 3, 2011

Shopping online, it's so easy!

Ya, sejak bekerjaya ni, memang susah mencari peluang untuk membeli-belah dan meriadahkan diri. Ahaks! Poyo la kau ni Shekyn. Macam la sibuk sangat. Kah kah kah.

Tapi apakan daya, inilah hakikatnya! Dengan tak malu, I admit I memang tak pernah lagi pergi mana-mana shopping mall pun semenjak dah bekerja ni! Tidak untuk menghabiskan duit seperti bershopping, menonton wayang ataupun sekadar cuci mata. Karok-ing lagi la tak. Betul ni, tak tipu. Muka penuh kesian....

Sungguh menipu kau ni Shekyn, CNY hari tu kan kau pergi OU & Ikea dengan Omie Mahmudin? Haa...siap karok lagi kat Superstar, Wangsa Walk! Kan?! *Erk..?*

Okey2, fine! Time tu kan cuti panjang. Seminggu cuti woooo...mau nye tak berjalan kan. Lagipun, lama tak jumpa Kak Umi. Rasanya hampir 6 bulan tak jumpa dia. So, we decided nak lepak together during that cuti. Tapi, itu jela pun yang I hang out.

Kalau dulu time study dulu, amboi.....bukan main panjang lagi kaki tu berjalan ke sana ke mari. Macam-macam plan.....sekarang pun sama, macam-macam plan jugak. Tapi...takda masa nak realisasikan plan tu semua.

Baru tau camna rasanya susah mencari rezeki. Betapa bernilainya RM1! Lalu, teringat perit jerih ibu & ayah membesarkan I. Dari kecik sampai dah besar gedabak ni ha.... Ya, until now! Nak beli rojak buah kat pasar malam pun ibu yang bayarkan. "Aik...? Dah kerja pun nak kena bayarkan jugak ke?" Adeh! Pedasssss tuhhhh. Tapi masih lagi boleh tersengih cam kerang busuk nak masuk tong sampah.

Terima kasih Ibu & Ayah kerana sangat memahami! Kah kah kah.

Jadi, bila waktu menjadi batu penghalang untuk aktiviti wajib dikalangan orang perempuan ni, I dah start balik dengan pembelian secara atas talian. Lebih convenient! So easy! Dengan kuasa jari-jemari ku yang halus, runcing & mulus ini, I dapat apa je barang yang I nak. Tekan je mouse tu. Klik sana, klik sini. Ikut je arahan dalam website tu. Make payment. Tunggu confirmation. Kemudian, 2-3 hari after that, tadaaaaa...Skynet/ PosLaju boy ketuk pintu rumah/ office sambil memberi salam. Bila pintu bukak, dorang terus cakap, "Nurul Ashikeen?"

"Oh ya, saya!"

Dengan pantas meluru ke arah delivery boy. After sign & cop entah apa2, terus bukak bungkusan tu. Haaaa barang yang sebelum ni hanya dapat dilihat dalam website, kini berada dalam genggaman sendiri. Magic! Inilah yang dinamakan buying power is on our hands. Malah, dihujung jari-jemari sahaja! Sungguh mudah, kan?

Jadi, disebabkan kesenangan inilah, I dah pun membuat beberapa tempahan 2-3 hari yang lepas. Entah macamana, I pun tak berapa nak ingat camna I boleh terjumpa satu website ni. Usha2, menarik jugak items dorang ni. Website dia pun user friendly. Nak dekat 3-4 jam dok membelek-belek, terkenan pulak. Kemudian terus berhubung dengan management dorang. Glad to say, memang rezeki I. Semuanya dipermudahkan dalam beberapa jam je. Nak tau website tersebut? Klik di sini.

FashionUrges.com memang satu blogshop yang sangat convenient. Kecekapan & ketangkasan dorang memang patut dipuji. Memang best deal with their PIC, Eleni. Thanks babe! You did a great job! And korang semua jangan salah faham, I pun tak kenal dengan owner ni. I deal dengan dia through email je. So I cakap 'kedai' dia best I bukan sebab promote business kawan. Hihi. Memang I puas hati dengan servis yang dia bagi. Terbaekkk!

Sekarang tengah menunggu my items yang kemungkinan sampai esok. Semalam I sms Eleni, tanya whether dia dah ship my barang belum, she said she's still waiting for the delivery boy from Skynet. I tanya bukan apa, cuz I nak tambah barang lagi. So, tak sampai 10min dealt with Eleni, make payment & all those things, Eleni said she'll ship ALL of my items altogether by the same day. Pantas & efficient sungguh! Tak sabar nak tunggu my stuff! Weeeeeee~~~


Jadi, oleh itu, dengan yang demikian, maka, marilah kita mengurangkan kesesakan lalu lintas, penggunaan petrol, pencemaran udara, penjimatan wang untuk parking, petrol & toll (kemudian nak isi perut lagi, koman2 pun pekena Teppanyaki @ Food Republic, Pavilion).

Walaubagaimanapun, disebabkan itu, rakyat Malaysia akan bertambah malas, gemuk & mempunyai kesihatan yang tidak baik apabila hanya duduk dirumah, menggunakan jari untuk membuat segala aktiviti pembelian dan tidak mengamalkan kehidupan yang normal (asyik tengok tv, tidur, makan & online).


Seperti kau sekarang ni, Shekyn Usesoft!
tsk...




Renung-renungkan, dan selamat beramal
Serena Van Der Woodsen
x.o.x.o Gossip girl

0 arrows: